Tentang Kami

Mansoura; yang dinamakan sempena kemenangan rakyatnya menentang Louis IX of France yang mengetuai perang salib ketujuh dan juga sebuah bandar yang menyaksikan kekalahan tentera udara Israel di tangan tentera Mesir semasa Peperangan Yom Kippur 1973.

Al Kisah di sebuah bandar di bumi Mesir tanggal November 2012, sekumpulan Pelajar Perubatan Universiti Mansoura mula mengumpulkan karya penulisan mereka yang bertemakan 'Masa' untuk dibukukan dan dijual sebagai satu usaha untuk menjana dana Tabung Aqsa Syarif yang ditujukan kepada saudara kita di Palestin yang ketika itu diserang Israel. 

Sejak itu, Zine Paracetamol terus berkembang dan hingga kini telah menghasilkan 12 Edisi menarik yang dijual di sekitar Mesir dan hasil keuntungan tersebut didermakan kepada kumpulan-kumpulan kebajikan yang aktif dan juga beberapa aktiviti persatuan pelajar.

Pada mulanya Zine Paracetamol dibarisi pelajar-pelajar Sains Perubatan dari Mansoura sahaja, namun kini Zine Paracetamol sudah mula dianggotai oleh penulis-penulis dari pelbagai latar belakang termasuk dari Malaysia sendiri.

Masih berpegang kepada prinsip 'Tulisan Amal', kami akan teruskan usaha yang telah dimulakan dengan menggunakan bait kata sebagai penawar jiwa. Memberi nafas baru kepada anda yang membaca, dan juga membantu mereka yang memerlukan di luar sana.

Cari kami di Facebook dan twitter untuk sembang-sembang dengan kami. Jangan risau kami tak inject orang sembarangan. 

0 comments:

Post a Comment