Projek: Aku dan Mesir




Salamalaikum semua! Kami akan mulakan satu projek baru untuk mengumpulkan kisah dan pengalaman sebenar anda semua yang belajar dan hidup di bumi Mesir. Kami bercadang untuk mengumpulkan sebanyak mungkin kisah-kisah menarik anda untuk dibukukan sebagai bahan bacaan bagi mereka yang berminat dan inginkan gambaran bagaimana kita hidup di Mesir. 

Sebagai contoh, kisah lucu atau menyakitkan hati berinteraksi dengan pemandu teksi, cerita bagaimana anda ditipu atau berada dalam situasi yang mendebarkan, kisah interaksi dengan orang Mesir yang menyentuh hati anda dan juga kisah kebaikan orang Mesir,  dari tahun-tahun pemerintahan mubarak, kisah semasa revolusi 25 januari dan juga kisah pergolakan terbaru, apa saja kisah pengalaman yang ingin anda kongsikan, kami terima. Kerana kami percaya, setiap individu yang pernah berada di Mesir mempunyai kisah unik yang tidak mungkin didapati di tempat lain, dan kami percaya kisah-kisah ini wajar dikongsikan dengan orang lain. 

Anda boleh tuliskan kisah anda dalam bentuk cerpen, tulisan pendek, puisi ataupun hantarkan sketch lukisan anda kepada kami. Dan jika anda tidak yakin untuk menulis, anda boleh tulis dan hantar sahaja kisah anda dan kami akan tuliskan semula dalam bentuk cerpen. Anda juga boleh menghantar lebih dari satu kisah. 

Email-kan karya-karya dan kisah pengalaman anda kepada team.paracetamol@gmail.com sebelum 31 Ogos 2013. 

Kami menanti kisah anda dengan perasaan teruja! Jangan takut dan jangan segan. Selamat menulis! 

2 comments:

  1. http://hummairah93.blogspot.com/2012/12/random.html

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete