Adrenalin #2

Apa?

Aku capai kertas dan pena,
Cuba meluahkan isi minda dan jiwa.
Cuba menyampaikan sedalam-dalamnya.

Aku cuba mencipta madah berbaur cinta,
Tapi aku gagal mengindahkan frasa.

Aku cuba menduga amarahku,
Ternyata marahku berbau palsu.

Aku tertanya-tanya,
Apa?
Mengapa?
Terasa tiada panahan teruja.
Tiada adrenalin mengalir menjiwa.

Ternyata ada sesuatu yang kurang.
Teruja aku hilang, semenjak hati kau dipetik seseorang.

Seseorang yang bukan aku.

Nina Marina

0 comments:

Post a Comment

Adrenalin #1

Latihan Cermin.

Adrenalin bangsat,
Buat aku gagap.
Apa guna berlatih ucap,

Bila berselisih,
'Hei..' lalu terus, berjalan.


Zulhusni Rahman

0 comments:

Post a Comment

Ubah #4

Ubah,
Partikel air cukup hebat!
Ubah ikut sekitar.
Cecair bila norma,
Pejal bila sejuk,
Gas bila panas.

Ubah,
Aku juga cukup hebat!
Tak berubah ikut sekitar.

Cecair bila norma,
Cecair bila sejuk,
Cecair bila panas.


Cecair.

Kushairi Zuraidi

0 comments:

Post a Comment

Ubah #3

360 darjah

berkaki ayam.
mengutip batu.
"berapa biji nak kena kutip ni?"
"tujuh"-ujar si teman.

sinsing lengan baju.
leka menganyam gegelang getah.
melompat gembira,
sambil menjerit; "zero point"

terkedek kedek berlari.
semata mata ingin berebutkan tiang,
yang tak pernah goyang.
tanpa menghiraukan,
mata mata yang memandang.

itu cara aku bersosial.
itu cara aku mencari teman.

namun kini.
kiri kanan.
manusia manusia leka.
bertemankan gajet di tangan.
lemas di lautan globalisasi.

tak peduli apa yang jadi.
tiada lagi permainan tradisi.
teman teman jauh menyepi.
masing masing terlalu sibuk,
'menjaga tepi kain sendiri'.


Fauzana Zahra

0 comments:

Post a Comment

Ubah #2

Berubah!
Berubah!
Berubah!

Sudahlah.

Itu klise.


Azie Nur’Auni Shbini

0 comments:

Post a Comment

Ubah #1

Burung kicau
Kucing ngiau
Tak kau hirau
Tidak jua risau

Peluh merenjis
Air mata menitis
Jangan menangis
Senyum manis-manis

Udara panas
Terkurung rimas
Janganlah kau culas
Pandanglah luas-luas
Perjalanan masih jauh

Sudah-sudahlah mengeluh.


Anak Perempuan Tahir

0 comments:

Post a Comment

Bebas #1

Emosi

suka-suka mahu jadi ombak
Senang-senang mahu jadi api
harus ku tambat saja kau dengan rantai besi.

Atau perlu ku jinak kau dengan cemeti.
Atau wajib aku tunduk sujud dan adu saja kepada sang pemberi.

Kerna kau tak kan ku biar sebebas merpati.


Asmawi Khazali

0 comments:

Post a Comment

Masa #2

Kalau masa bisa berbicara,
Mungkin sudah lama hilang kata.

Kalau masa bisa berkata,
Mungkin sudah lama hilang nada.

Kalau masa bisa bernada,
Mungkin sudah lama tak bermaya.

Mengapa?
Tepuk dada tanyalah selera

Moga ketemu jawaban sebelum masa anda ketemu noktahnya.

Azie Nur’Auni Shbini


0 comments:

Post a Comment

Masa #1

I see no reason to talk about regret if I am not about to change
I see no reason to talk about death if I am not ready to live
I see no reason to talk about wishes if I am not ready to move
I see no reason to talk about love if I am not ready to love back
I see no reason to talk about success if I am not able to fight.

Wouldn't it be ironic if we spend all these time rhyming words
about time itself and your tomorrow you'll be as you were

yesterday?


Fikri Prastanta

0 comments:

Post a Comment