Team Paracetamol

Team Paracetamol

Kushairi Zuraidi
bijak menulis menggunakan analogi serta kata kata yang berkaitan sistem tubuh manusia dan sains. mahir menggunakan kamera, juga fullback hebat dalam permainan ragbi. 'bos' gelaran yang diberi oleh Team.

Hafeez Darraji
trademark penulis ini adalah rambutnya yang pelbagai. dari kerinting hinggalah botak. penulisan beliau banyak berkaitan cinta dan patah hati. menganggap dirinya hanya seorang yang biasa dan tak punya apa apa.

Amin Razak
rupanya dan nama bapa seiras/sama dengan salah seorang pelawak tanah air. namun dia belum cukup lawak untuk berlawak lalu menyalurkan kebolehannya dalam aktiviti aktiviti kemasyarakatan.

Naeem
bakal pharmacist masa depan. handal mengawal senduk dalam menghasilkan bubur lambuk terbaik. penyokong tegar Liverpool FC dan sangat up-to-date dengan permasalahan semasa.

Ilmie
sekali lihat macam mat salleh. dengan kaca mata dan bulu kumis di bawah bibir, Ilmie antara pendokong kuat Team. Untuk skor ketepatan masa dan berada di tempat event paling awal, beliau mendahului.

Atiq
meminati sukan lasak dan sukan yang melibatkan besi besi, kalau tidak masakan badannya yang berketul ketul itu. baginya tidak perlu susah payah menjaga rambut kalau botak pun sudah boleh jadi kacak.

Hud
salah satu junior dalam team. dari jauh sudah boleh nampak dan kenal pemilik tubuh yang gempal ini. sangat rajin mengurus di sebalik tabir pejalanan Team. bila orang tanya kenapa rajin sangat nih, jawabnya pendek 'mahu kurus'.

Sam
Ahli baru dan paling junior dalam Team Paracetamol. Jenis tidak suka duduk diam dan celotehnya mampu buat orang yang tidur tiba tiba terjaga. Seorang yang rajin bukan sahaja dalam Team malah sebagai seorang midfielder.

Nina
Seorang gadis kacamata kelahiran Bangi. Masih lagi single dan mencari calon suami yang boleh membahagiakan. Penulisannya yang bersahaja mampu membawa pembaca meronta ronta mahu kahwin segera.

Fofou
seorang penulis yang bersifat keibuan. Pandai memasak, mengemas rumah dan sukakan budak kecil. Pembaca dapat menyelami sifat penyayangnya dalam setiap penulisan yang dihasilkan.

Lela Majnun
pernah berputus asa dan kurang yakin dengan penulisannya. Seorang yang fast-learner, sanggup belajar demi memperbaiki diri. Kini dia salah seorang penulis hebat dalam Zine Paracetamol.

NA
penulis misteri dalam team paracetamol. menulis berdasarkan pengalaman masa lampau tercampur antara yang pahit dan manis. mampu menulis sambil menyiapkan tempahan bantal dalam masa yang ditetapkan.

Dora
tidak sesekali berkait atau mengenali Dora The Explorer. anak melayu yang fasih bahasa omputih. lebih selesa sebagai editor Team supaya boleh habiskan buku bacaannya sambil mengedit Zine.

Shiere
gadis tinggi lampai. tidak ada pengalaman mewakili acara lompat tinggi atau lompat berpagar, mungkin ketinggiannya genetik dalam keluarga. sekalipun belajar perubatan, ilmu hisab masih lagi diamalkan supaya pengurusan wang Team tidak terjejas.

Tasha
sudah biasa menulis surat cinta di zaman sekolah dahulu, kerana itu Tasha calon paling sesuai menguruskan urusan surat menyurat dan laporan Team. jangan keliru, Tasha bukanlah pelakon dalam cerita Mohabbatein yang femes tuh.

Dina
di mana ada Fofou di situ ada Dina perumpaan baharu yang dapat Team simpulkan. namapun adik beradik mestilah kan. penggerak Team yang kalau tanpanya siapalah Fofou eh bukan kalau tanpanya siapalah Team.



0 comments:

Post a Comment