Pengenalan

Kompilasi tulisan kreatif ini merupakan satu komplikasi aktiviti menulis yang dijalankan di alam maya bagi membuka ruang untuk pelajar-pelajar ilmu penyakit dan ubatan meluahkan isi jiwa yang selama ini tak didengari.

Kadang-kala apabila berhadapan dengan penyakit dan pesakit setiap hari mampu meletakkan mereka dalam tahap emosi yang tidak stabil dan menunjukkan simptom yang agak sama dengan pesakit psikatri.

Moga ruang ini menjadi tempat selesa untuk mereka mencari diri, membebaskan tekanan serta menstabilkan emosi. Demi kesihatan manusia sejagat.

Di samping berusaha menyediakan bahan bacaan kos rendah buat tatapan semua orang bukan sahaja yang berduit malah ammu naik kereta himar juga mampu untuk memilikinya, diharapkan agar budaya membaca dan menulis dapat disebatikan dengan nafas dan degupan jantung kita seharian.

Penulis-penulis di sini, walaupun muka mereka ketat setelah lebih 7 jam berada di hospital dan kuliyyah, mereka ternyata bukan robot besi semata.

Tulisan di sini bukti, mereka punya hati dan perasaan.

*Ammu; Pak cik. *Himar; keldai

0 comments:

Post a Comment